MINTA ZUHUD DUHAI DIRI Oleh Zainab Baudin
MINTA ZUHUD DUHAI DIRI
lupa,
lalai,
apa harta yang aku miliki?
keistemewaan apa yang aku kejarkan,
mana hati yang suci tanpa debu nafsu dan permintaan,
jodoh? bukan pada harta dan paras rupa,
jodoh pada takdir dari Tuhan,
jiwa aku sakit tanpa nasihat alim ulama,
nangis hatiku katanya kesunyian,
aku mahu pulang pada Tuhan,
dengan hati yang penuh tunduk,
dengan perasaan tanpa ketakutan untuk kehilangan,
kuatkah aku?
jika hidup ditakdirkan dalam kesusahan?
semuanya mengejar belari,
dendam, sombong dan bangga diri,
mengajar antara satu sama lain untuk memijak,
diumpat, dicaci, untuk rasa puas melihat kejatuhan,
dunia, dunia buat hatiku kering,
dunia buat aku tidak mempercayai manusia,
aku mahu mengenal Tuhan,
nafsu sering berkeinginan,
sehingga aku pilih tidur untuk melepaskan ruhku,
hingga aku bukan aku,
supaya aku dapat mengenalMu..