Nukilan resah Oleh eka tekno
e
Nukilan resah
© eka tekno
Sabda malam ini sunguh mendayu-dayu,
Sehingga kulit jemariku bergeliak ingin menulis sebuah kata,
Aliran tangan yang mengikut susunan hati,
Tak kala ia mengikut perasaan,
Coretan batinku tak terbendung dengan amarah,
Bergetar tanpa segan,
Fikiran diawang-awang gundah gulana,
Di dalam jurang antara tirisan akar perasaan,
‘Hai sebuah perasaan’ sahut ragaku,
Menanyakan apakah ia baik-baik sahaja,
Namun tanpa kata putus darah yang menbendungnya,
Emosi menjadi-jadi melihat teater sebuah drama sakit hati,
Aku berhenti di perhentian itu,
Lelah tangan ini melakar kata,
Takkan pernah menjadi pemenang juga,
Malahan menjadi sampah di gerombolan.