PELANGI YANG TAK PERNAH MENJEJAK REALITI Oleh Raheem Jay
R
PELANGI YANG TAK PERNAH MENJEJAK REALITI
© Raheem Jay
Sesudah hujan petang rindumu mengawan dilapisan kabut warna bersarat cinta
lalu menuang secangkir kasih mengisi rongga kehidupanmu yang ternganga kelaparan ,
Basah matamu tertumpah membekas dipipi awan bergumpal lidah di langit kelabu tercungap harapan
hati yang tertawan di kolam gersang meluap dalam dahaga berpanjangan ,
Pelangi tetap setia menanti huluran tanganmu menggenggam jemari kasih dalam sejuta mistiknya
dibibir janjimu kering yang tak pernah memutik realitinya .
Raheem Jay
Pokok Sena , Malaysia
#hakciptaterpelihara